.

22 July 2008

Kenali kalam

Anda adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi,dan Anda sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. Perasaan Anda tidak mempengaruhi keputusan Anda. Anda suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling Anda tetapi Anda tidak suka dipersoalkan. Anda kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian. Anda gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Anda sangat suka berahsia.

Bagi yang bulan jun lak..

Berfikiran jauh & berwawasan, mudah ditawan krn sikap baik, berperangai yg lemah lembut, mudah berubah sikap,perangaiidea @mood, idea yg terlalu banyak dikepala, bersikap sensitif, otaknya aktif (sentiasa berfikir), sukar melakukan sesuatu dgn segera, bersikap suka menangguh-nangguh, bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik, cepat marah &cepat sejuk, suka bercakap & berdebat, suka buat lawak & bergurau, otaknya cerdas berangan-angan, mudah berkawan & pandai berkawan, org yg sangat tertib, pandai mempamerkan sikap, mudah kecil hati,mudah kena selsema, suka berkemas, cepat rasa bosan,sikap terlalu memilih & cerewet,kurang mempamerkan perasaan, lambat nak sembuh apabila terluka hati, mudah menjadi eksekutif, suka kepada barang yang berjenama, kedegilan yg tidak terkawal, sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya.

20 July 2008

koleksi

19 July 2008

Salam Perkenalan........dari kalam

Assalamualaikum..w.b.t.... Salam perkenalan dari hamba yang lemah dan masih baru dalam arena blogger ini.Hamba ini insan yang baru mengenali dunia I.T..jika ada terkurang adalah kelemahan diri hamba yang hina dina ini..Kekadang hamba malu untuk mempamerkan blog ini kerana takut digelak oleh umum.Kerana ilmu...hamba sanggup melakukan segalanya..

Objektif hamba membuka blog ini adalah ingin mencari teman yang sudi membantu hamba serba sedikit tentang ilmu I.T ini.Disamping itu juga dapat berkongsi gambar-gambar yang menarik,tak kira diperolehi dari sumber mana pun..yang pasti hamba hanya mengumpul gambar dari pihak lain..Jika hamba dikira mencuri..minta halalkan segalanya..

Terima kasih juga hamba ucapkan kepada teman hamba "mata hati" yang selalu memberi tunjukajar kepada hamba selama ini..Jasamu dikenang..

Sekian Terima Kasih..

Dari hamba yang lemah berbicara...

Bunga


Followers

Ambo la

My photo
Assalamulaikum w.b.t..

See u

Renungan

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah saw. bersabda; 'Tidak terjadi hari qiamat sehingga Sungai Furat (Sungai Euphrates iaitu sebuah sungai yang ada di lraq) menjadi surut airnya sehingga ternampak sebuah gunung daripada emas. Ramai orang yang berperang untuk merebutkannya. Maka terbunuh sembilan puluh sembilan daripada seratus orang yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat berkata, "mudah-mudahan akulah orang yang terselamat itu". Di dalam riwayat lain ada disebutkan; "Sudah dekat suata masa di mana sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barangsiapa yang hadhir di situ janganlah ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu".H.R.Bukhari Muslim