.

21 June 2010

Lama tak update !!!

Sejak ada buku muka jadi malas pulok nak update blog.Padahal blog nielah yang menyimpan banyak kenangan.Dari aku kecik lagi dah ada blog..oppsstt bata blok la..Bukan tak nak menulis tapi tangan nie jadi lemah selalu apabila nak berbicara.Mak nenek siti selalu dan rajin jugak update blog dia.malah hari-hari dia update.

Aku malas nak berbicara lama-lama gak nie..sebab battery tak berapa nak mengizinkan..15% jea ada lagi nie..Malam nie saje 4 bijik laptop beroperasi..2 repair 2 on9..

diari hari nie !!!

Pagi
Cam biasa tidur lepas subuh !!!bangun kul 11..
mama dia duk ngamuk ngan anak-anak tu !!

Tengahari
Lepak depan pc..hardisk korup pulok...jem coil la semua ada dalam tu..
tambahan sakit perut..2 hari doh tak nak makan nasi daaa,,

Petang
Keluar jogging..fitness less maa..boroi dah jadi nie..tengok budak main bola terus join !!

Malam
Lepak depan pc..laptop mama dia jem modem lak..repair..dan kul 1 pagi siap nie..

esok ???

Andai ku tak bangun esok pagi ??

Ampunkan dosaku ya Allah..

hajat nak posa bulan rejab !!!!

Followers

Ambo la

My photo
Assalamulaikum w.b.t..

See u

Renungan

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah saw. bersabda; 'Tidak terjadi hari qiamat sehingga Sungai Furat (Sungai Euphrates iaitu sebuah sungai yang ada di lraq) menjadi surut airnya sehingga ternampak sebuah gunung daripada emas. Ramai orang yang berperang untuk merebutkannya. Maka terbunuh sembilan puluh sembilan daripada seratus orang yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat berkata, "mudah-mudahan akulah orang yang terselamat itu". Di dalam riwayat lain ada disebutkan; "Sudah dekat suata masa di mana sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barangsiapa yang hadhir di situ janganlah ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu".H.R.Bukhari Muslim