.

13 November 2008

Detik 3.33 pagi..


Adakala aku tersedar lagi detik ini..kenapa aku selalu tersedar akan detik ini.Mengapa ia sering berlaku tika detik ini.Sujudku padaMu tika detik ini banyak menyedarkan daku.Siapa diri ini jika aku terus melupakan diriMu.Oh Tuhan..ku pohon dariMu agar Kau tabahkan hatiku ,kuatkan semangatku,perteguhkan Imanku agar dapat aku menempuh pancaroba yang melanda dalam hidup ini.Oh Tuhan aku ingin berada dalam keberkatanMu ya Allah.Aku tidak mahu lagi berpura-pura dalam kehidupan yang serba melekakan ini.Kau hiasilah diri ini dengan akhlak yang mulia,Kau ampunkan segala dosaku ya Allah.Kau pimpinlah daku.jauhilah daku dari perkara-perkara yang mana akan dapat merosakkan hidupku ini.Ya Allah...aku rindukan ketenangan yang hakiki.Berikanlah kesihatan yang sempurna dalam hidupku ini agar aku dapat beribadat kepadaMu setiap detik yang berlalu..


Jika aku lupa Kau ingatkan daku,

jika aku leka Kau sedarkan daku,

jika daku lemah Kau kuatkan daku,

jika daku sakit Kau sembuhkan daku,

jika daku malas Kau rajinkan daku,

jika daku takut Kau beranikan daku,

jika daku sedih Kau gembirakan daku,

jika daku mati Kau terimalah segala amalku ini Ya Allah....








0 comments:

Followers

Ambo la

My photo
Assalamulaikum w.b.t..

See u

Renungan

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah saw. bersabda; 'Tidak terjadi hari qiamat sehingga Sungai Furat (Sungai Euphrates iaitu sebuah sungai yang ada di lraq) menjadi surut airnya sehingga ternampak sebuah gunung daripada emas. Ramai orang yang berperang untuk merebutkannya. Maka terbunuh sembilan puluh sembilan daripada seratus orang yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat berkata, "mudah-mudahan akulah orang yang terselamat itu". Di dalam riwayat lain ada disebutkan; "Sudah dekat suata masa di mana sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barangsiapa yang hadhir di situ janganlah ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu".H.R.Bukhari Muslim