Angah..
Apa yang diuji entahlah..Dr. kata darah okey jea..aku pun buat biasa jea..dalam sebulan lebih kulit angah masih kuning..aku tak puas hati dan sekali lagi aku pergi ke klinik kesihatan untuk diuji darah angah..Sah..angah ada masalah hati..selepas tu angah dibawa ke Hospital Besar Kuala Lumpur dan aku berjumpa dengan pakar pediatrik HKL..Dato Zakaria..Aku terpaku seketika mendengar keterangan Dato yang angah mengidap Biliary Atresia... Aku pun diberi penjelasan lanjut oleh Dato Z..dan angah terpaksa menjalani stage one operation iaitu "post kasai"..
Selepas tandatangan kebenaran penjaga..aku dan nysa pasrah dengan ketentuan Ilahi...walaupun kami merupakan pasangan muda yang berumur 24tahun terpaksa menerima dugaan dan cabaran hidup ini..kami redha..kami masih baru dalam arena kekeluargaan ini terus ditimpa dugaan sedemikian rupa..bagi yang lain..masih seronok dibuai alam teruna dan dara..sedangkan kami bergolak dengan masalah yang paling berat untuk ditanggung semua orang..Bukan kupinta...cuma Tuhan memilih kami sebab kami bersedia dan gagah untuk menerima dugaan ini..inilah kata-kata pembakar semangat dari keluarga dan rakan-rakan kami untuk memotivasikan kami berdua..
3 tahun berlalu...
Kesihatan angah dah mula merosot..Selalu demam dan perut menjadi semakin membesar..aku menjadi semakin takut..Selalu mimpikan yang bukan2..malah untuk tahun nie saja lebih 10 kali angah keluar masuk hospital selayang...aku pun dah terpaksa separuh gaji..demi angah aku sanggup lakukan apa saja...semua ahli keluarga terpaksa berkorban untuk angah.Along..and wafa pun sama..kecil-kecik lagi dah kena duk ngan atuk..semua dah pandai berdikari dan kurang mendapat perhatian sepenuhnya oleh papa..maklumlah papa selalu lebihkan angah.. Bukan apa semua papa sayang anak-anak papa..cuma yang sakit kena lebih lah sikit....
Aku yang terasa....
"Bila angah boleh jalan papa ?..dulu angah boleh berlari..sekarang tak larat la....Bila angah nak sihat papa ?..kalau angah sihat..angah nak pergi sekolah sama-sama k.long papa..Angah sayang papa,mama,k.long,dan adik wafa...angah tak nak sakit nie papa..selalu kena injet papa..sakit angah tau,..""
Menitis airmata aku bila selalu mendengarkan luahan hati murni angah....dengan itu aku mengambil keputusan..untuk membuat pemindahan hati...walaupun risiko dan kos yang amat besar,,maka tiada cara lain..demi angah..aku akan lakukan apa saja...dulu kos pemindahan Adik Afiq dulu dekat RM300 000 gak..yang terbaru mungkin dah lebih setengah juta kut...
Aku dah check darah aku...tapi tak sama.nysa yang berdarah O..pasti dia yang akan menderma untuk angah...kami pun berbincang dengan keluarga..tetapi keluarga kami tidak bersetuju dengan cadangan kami..kami pun berasa kecewa kerana tidak mendapat sokongan dari keluarga.. akhir sekali ...demi angah kami terpaksa membelakangi keluarga masing-masing..kami akan meneruskan hasrat murni ini...demi angah..
Untuk pembaca dan rakan-rakan kalam yang budiman..berikanlah sokongan untuk kami sekeluarga...kemungkinan pemindahan hati akan dibuat awal bulan 3 tahun 2009..Doakan kejayaan kami dan semoga angah mencapai hasrat murni yang sekian lama terpendam dilubuk hati sikecil itu...
Jutaan terima kasih dan semoga anda semua diberkati Allah s.w.t...
2 comments:
cikmila sentiasa doakan kesejahteraan en.kalam sekeluarga.... semoga Allah mempermudahkan segalanya.... amin
Salam Kalam
semoga segalanya berjalan dnegan lancar...dan paling penting keduanya selamat dan kembali pulih seperti sedia kala, Insya Allah.
Kami tetap mendoakan kesihatan dan kesejahteraan angah dan Nysa...
Ada seribu satu rahmat yang terlalu besar yang tersembunyi dari dugaan yang besar dan berat ini.
Post a Comment