.

06 May 2009

ABE LAH...

Abe Lah..

 

Abe Lah buat ape tu?? “Nie..yuk (beruk) tak nak naiek nyiur(kelapa) nie”..(jawab Lah sambil memegang sabut kelapa yang diikat dengan tali rafia..Tidak jauh dari itu kelihatan Pak Ngah Awang sedang mengopek kelapa.Dari mane Pie?? Tegur Pak Ngah..”Macam biasa Pak Ngah..bendang Tok Lukut dah kering..nie time ikan sekilau buat buih nie”.. Aku terus berjalan kearah Pak Ngah..sambil memungut beberapa biji kelapa yang bertaburan di sana sini.”Tak sekolah ke”?sambung Pak Ngah lagi.”Tak”..jawab ku selamba..Padahal aku dah set dalam hati takut ada member chop dulu buih ikan sekilau aku tu,,jadi aku ponteng sekolah hari itu..

 

Setelah beberapa biji kelapa aku kutip,aku pun sama-sama join abe Lah ajar beruk dia panjat kelapa.Disebelah kanannya ada sekeping kerepek ubi,tertelan gak air liur aku..apa taknya dari pagi tadi aku belum menjamah makanan lagi.Roti yang disedia oleh Mek aku tadi belum dijamah lagi..dekat setengah jam gak aku dalam bilik air.Inilah taktik buruk aku jika aku tak nak pergi sekolah.Boss dah bising..duk hon kereta..Dah rasa setengah jam aku terperak dalam jamban..maka keluarlah dengan muka ala ayam berak kapur.Cek doh gi ko? Tanya aku..he..he..dengan muka selamba jea aku masuk bilik atur strategi seterusnya,,Itulah perangai buruk campur auta aku masa re-Kanakenakalan..

 

Lepas layan Lah main beruk tu aku pun berlalu dari situ,Kenapa lak bunyi beduk ni.?.tanya aku sendirian mungkin ada orang meninggal kut.Aku terus berlari menuju Madrasah Pulau Tukang Dollah.Di situ kelibat Pak Su Ali,Sapa meninggal Pak Su ?..”Haji Deroman..jawab nya.Cepatlah gi bersiap,kata nak kebumi sebelum zohor nie.tambahnya lagi.Tok Ayah sering ajak aku sembahyang mayat jika ada orang minggal  kat kampong.Teringat gak kat arwah masa tu aku sempat beli baju sejuk ngan dia RM 1.50 jea..cantik gak baju tu..warna biru,memang febret color aku la.Dia lah yang mula-mula buka kedai bundle kat kampong aku.Sebelum ini arwah jual kapal terbang mainan kat air port..dalam dua tahun jea terus naik kapal terbang buat haji kat Mekah.Rezeki dia.Masa tu aku ada gak tolong member aku jual bola plastic ngan kuda tolak yang berbunyi.dapat la samah dua.Memang best giler bila time orang nak naik haji,penuhlah airport Pengkalan Chepa tu.pernah gak sekali tu aku masuk dalam airport tu dengan pakai seluar pendek ngan baju lengan panjang..fuhh buka main bergaya lagi beb..baju cap payung..hensem wa cakap lu..first time aku dapat panjat skyhord  yang buat demonstrasi kat airport tahun 1987 dulu..Cek masukkan aku kedalam cockpit skyhord tu..kalau lah ada kamera masa tu pastu aku ambil ,liminetkan dalam album dan tampalkan kat sini, aku tanamkan azam aku nak jadi seorang pilot,bukan pen pilot tau.Asal cikgu Tanya jea pasal cite-cite mesti cakap nak jadi pilot..Bangga sungguh kata-kata aku dulu dengan penuh harapan yang menggunung yang pastinya tak akan tercapai hingga kini.

bersambung.....

Followers

Ambo la

My photo
Assalamulaikum w.b.t..

See u

Renungan

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah saw. bersabda; 'Tidak terjadi hari qiamat sehingga Sungai Furat (Sungai Euphrates iaitu sebuah sungai yang ada di lraq) menjadi surut airnya sehingga ternampak sebuah gunung daripada emas. Ramai orang yang berperang untuk merebutkannya. Maka terbunuh sembilan puluh sembilan daripada seratus orang yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat berkata, "mudah-mudahan akulah orang yang terselamat itu". Di dalam riwayat lain ada disebutkan; "Sudah dekat suata masa di mana sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barangsiapa yang hadhir di situ janganlah ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu".H.R.Bukhari Muslim