.

30 December 2008

Ya Allah..selamatkan bumi Palestin..


28 December 2008

SALAM HIJRAH..

Doa Akhir Tahun


Maksudnya:

   Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.


Doa Awal Tahun

Maksudnya:

   Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

JOM PROMOTE


23 December 2008

Angah..




Tanggal 30 mei 2005 maka lahirlah puteri kedua kalam yang comel di Hospital besar Melaka..Syukurku kehadrat Ilahi kerana dapat menimang cahaya mata yang kedua ini..Setelah seminggu berlalu maka aku  perasan keadaaan kulit angah menjadi kuning bukan putih seperti baby yang baru lahir,ingatkan kuning biasa maka aku pun mencari herba kat kedai cina dan mencuba susu kambing.Aku tak puas hati dan membawa angah ke klinik kesihatan untuk diambil sampel darah.

Apa yang diuji entahlah..Dr. kata darah okey jea..aku pun buat biasa jea..dalam sebulan lebih kulit angah masih kuning..aku tak puas hati dan sekali lagi aku pergi ke klinik kesihatan untuk diuji darah angah..Sah..angah ada masalah hati..selepas tu angah dibawa ke Hospital Besar Kuala Lumpur dan aku berjumpa dengan pakar pediatrik HKL..Dato Zakaria..Aku terpaku seketika mendengar keterangan Dato yang angah mengidap Biliary Atresia... Aku pun diberi penjelasan lanjut oleh Dato Z..dan angah terpaksa menjalani stage one operation iaitu "post kasai"..

Selepas tandatangan kebenaran penjaga..aku dan nysa pasrah dengan ketentuan Ilahi...walaupun kami merupakan pasangan muda yang berumur 24tahun terpaksa menerima dugaan dan cabaran hidup ini..kami redha..kami masih baru dalam arena kekeluargaan ini terus ditimpa dugaan sedemikian rupa..bagi yang lain..masih seronok dibuai alam teruna dan dara..sedangkan kami bergolak dengan masalah yang paling berat untuk ditanggung semua orang..Bukan kupinta...cuma Tuhan memilih kami sebab kami bersedia dan gagah untuk menerima dugaan ini..inilah kata-kata pembakar semangat dari keluarga dan rakan-rakan kami untuk memotivasikan kami berdua..

3 tahun berlalu...

Kesihatan angah dah mula merosot..Selalu demam dan perut menjadi semakin membesar..aku menjadi semakin takut..Selalu mimpikan yang bukan2..malah untuk tahun nie saja lebih 10 kali angah  keluar masuk hospital selayang...aku pun dah terpaksa separuh gaji..demi angah aku sanggup lakukan apa saja...semua ahli keluarga terpaksa berkorban untuk angah.Along..and wafa pun sama..kecil-kecik lagi dah kena duk ngan atuk..semua dah pandai berdikari dan kurang mendapat perhatian sepenuhnya oleh papa..maklumlah papa selalu lebihkan angah.. Bukan apa semua papa sayang anak-anak papa..cuma yang sakit kena lebih lah sikit....

Aku yang terasa....
"Bila angah boleh jalan papa ?..dulu angah boleh berlari..sekarang tak larat la....Bila angah nak sihat papa ?..kalau angah sihat..angah nak pergi sekolah sama-sama k.long papa..Angah sayang papa,mama,k.long,dan adik wafa...angah tak nak sakit nie papa..selalu kena injet papa..sakit angah tau,..""
Menitis airmata aku bila selalu mendengarkan luahan hati murni angah....dengan itu aku mengambil keputusan..untuk membuat pemindahan hati...walaupun risiko dan kos yang amat besar,,maka tiada cara lain..demi angah..aku akan lakukan apa saja...dulu kos pemindahan Adik Afiq dulu dekat RM300 000 gak..yang terbaru mungkin dah lebih setengah juta kut...
Aku dah check darah aku...tapi tak sama.nysa yang berdarah O..pasti dia yang akan menderma untuk angah...kami pun berbincang dengan keluarga..tetapi keluarga kami tidak bersetuju dengan cadangan kami..kami pun berasa kecewa kerana tidak mendapat sokongan dari keluarga.. akhir sekali ...demi angah kami terpaksa membelakangi keluarga masing-masing..kami akan meneruskan hasrat murni ini...demi angah..

Untuk pembaca dan rakan-rakan kalam yang budiman..berikanlah sokongan untuk kami sekeluarga...kemungkinan pemindahan hati akan dibuat awal bulan 3 tahun 2009..Doakan kejayaan kami dan semoga angah mencapai hasrat murni yang sekian lama terpendam dilubuk hati sikecil itu...

Jutaan terima kasih dan semoga anda semua diberkati Allah s.w.t...





14 December 2008

Biliary Atresia

BILIARY ARTESIA(BENGKAK HATI)

APA ITU BILIARY ATRESIA?

Masalah 'gastrointestinal' pada bayi-bayi baru lahir yang merosakkan saluran hempedu yang membawa cecair hempedu dari hati ke usus. Penyakit ini adalah kerosakkan berlarutan saluran hempedu dari luar hati (extrahepatic) dan akan bertambah teruk ke saluran hempedu di dalam hati (intrahepatic). Akibat tidak dapat dialirkan, cecair hempedu berkumpul didalam hati dan menyebabkan kerosakkan hati (cirrhosis).

Penyakit ini boleh berlaku kepada semua bangsa. Nisbah penyakit ini ialah 1 : 10,000 bagi setiap kelahiran dan lebih kerap berlaku kepada bayi perempuan (1.4:1).

 

DIAGNOSIS BILIARY ATRESIA

Diagnosis perlu dilakukan secepat mungkin selepas terdapat tanda-tanda dan gejala penyakit ini. Keputusan 'Prognosis' baik jika di Diagnosis awal ( umur 8 minggu)

Ujian Darah - Termasuk CBC(kiraan darah sepenuhnya), LFTs (ujian fungsi hati) dan PT/PTTs ( faktor pembekuan darah)

Ultrasound - Untuk mengenalpasti obvious abnormalities di hati dan organ yang lain

Liver Biopsy - Mengambil sedikit dan memeriksa contoh tisu hati

Nuclear Scan - Untuk mengatahui berapa banyak hempedu mengalir dari hati

Exploratory Surgery - Untuk memeriksa hati dan salurannya.

 

PENYEBAB BILIARY ATRESIA

Penyebab biliary atresia tidak dapat dipastikan lagi, walau bagaimana pun ada beberapa teori yang di dukomentasikan. Penyelidik telah mengkaji both Reovirus Type 3 dan Cytomegalovirus berkemungkinan menjadi penyebab berlakunya biliary atresia.

TANDA-TANDA BILIARY ATRESIA

Terdapat banyak tanda-tanda penyakit ini, ia dapat dilihat diantara 2 dan 6 minggu selepas kelahiran.

Jaundice - Kulit dan mata putih kelihatan kuning dan tidak hilang dalam masa 1-2 minggu

Air kencing - Air kencing menjadi kuning pekat kerana lebihan cecair hempedu dalam saluran darah setelah melalui buah pinggang.

Najis - warna pucat atau seperti tanah liat. Ini kerana tiada cecair hempedu sampai ke usus untuk mewarna pergerakan usus.

Hati membesar - Keadaan hati lebih besar dari biasa.

Penambahan berat badan kurang - Kekurangan cecair hempedu dimana ini diperlukan untuk pencernaan dan pengumpulan lemak

Pembesaran Spleen - Ini disebabkan hati tidak berfungsi dengan betul.

 

RAWATAN BILIARY ATRESIA

Teknik KASAI atau pembedahan KASAI dapat dilakukan untuk membantu pengaliran cecair hempedu dari hati ke usus. Pembedahan ini dilakukan untuk 'bypass' saluran hempedu dengan menyambungkan sebahagian usus kecil kehati terus ke usus kecil. Pakar bedah mendapati kejayaan yang baik dengan tatacara KASAI bila dilakukan semasa bayi berumur 8 minggu pertama dari kelahiran. Jika pembedahan KASAI tidak berjaya maka pemindahan hati adalah satu-satunya cara untuk mengatasi masalah biliary atresia.

 

APA ITU PEMINDAHAN HATI ?

Pemindahan hati merupakan satu cara untuk menyelamatkan nyawa setelah mengalami kerosakan hati. Hati diderma dengan kebenaran keluarga atau individu itu sendiri. Pusat pemindahan hati akan memastikan hati itu bersesuaian atau tidak serta beberapa ujian darah yang perlu dilalui.

 

PENYAKIT YANG BIASA DIRAWAT DENGAN PEMINDAHAN HATI

Kebiasaan penyakit yang ditangani melalui pemindahan hati ialah orang dewasa yang mengidap hepatitis yang kronik (hepatitis C, autoimmune hepatitis), primary biliary atresia cirrhosis, sclerosing cholangitis dan alcoholic cirrhosis. Bagi kanak-kanak, biliary atresia, failure of bile to drain bile from the liver.

 

RISIKO -RISIKO

Komplikasi yang teruk boleh menyebabkan nyawa pesakit dalam keadaan bahaya semasa pembedahan. Kesusahan teknik untuk mengeluarkan hati yang bermasalah dan mendapatkan hati penderma "hooked up", pendarahan yang banyak, penolakan hati, jankitan kuman dan pelbagai masalah lagi yang hampir sama dengan pembedahan yang besar.

 

APA AKAN BERLAKU JIKA HATI TIDAK BERFUNGSI ATAU TIDAK DITERIMA OLEH BADAN?

Terdapat banyak sebab mengapa hati baru tidak diterima oleh badan. Tetapi situasi ini boleh dielakkan dengan mengambil ubat anti penolakkan atau immunosuppressive.


Rujukan : Puan Noraini - UM http://www.afiqzam.com

Followers

Ambo la

My photo
Assalamulaikum w.b.t..

See u

Renungan

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah saw. bersabda; 'Tidak terjadi hari qiamat sehingga Sungai Furat (Sungai Euphrates iaitu sebuah sungai yang ada di lraq) menjadi surut airnya sehingga ternampak sebuah gunung daripada emas. Ramai orang yang berperang untuk merebutkannya. Maka terbunuh sembilan puluh sembilan daripada seratus orang yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat berkata, "mudah-mudahan akulah orang yang terselamat itu". Di dalam riwayat lain ada disebutkan; "Sudah dekat suata masa di mana sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barangsiapa yang hadhir di situ janganlah ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu".H.R.Bukhari Muslim