Penyakit Wahan
Daripada Tsauban r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi s.a.w. menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’.”
Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu hai Rasulullah?” Nabi kita menjawab, “Cinta pada dunia dan takut pada mati.”
(Riwayat Abu Daud)
3 comments:
tak paham sgt terjmhan yg atas tu...
yg pnjelasn pnyakit tu wahan tu phm la.. hihihi sorii
dak baru blajo...
Maksudnya lebih kurang begini. Sungguh benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. Keadaan umat Islam kini menggambarkan kebenaran sabdaan Rasulullah s.a.w.
Umat Islam walaupun mereka mempunyai bilangan yang banyak, iaitu lebih kurang 1000 juta(1/5 penduduk dunia), tetapi iman, akidah serta pegangan islam tidak sekuat mana umpama buih2 diwaktu banjir, datang arus atau badai yg lain lenyaplah buih2 tersebut, yakni selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa-bangsa lain. Mereka ditindas, diinjak-injak, disakiti, dibunuh, dan sebagainya. Bangsa-bangsa dari seluruh dunia walaupun berbeza-beza agama, mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan kekuatan umat Islam. Sebenarnya, segala kekalahan kaum Muslimin adalah berpunca dari dalam diri kaum Muslimin itu sendiri, iaitu dari penyakit 'wahan' yang merupakan penyakit campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalam bentuk kembar dua, iaitu "cinta dunia" dan "takut mati". Kedua-dua penyakit in tidak dapat dipisahkan. "Cinta dunia" bermakna tamak, rakus, bakhil untuk mendermakan harta di jalan Allah S.W.T. Manakala "takut mati" pula bermakna leka denan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi negeri akhirat dan tidak ada perasaan untuk bekorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agama Allah S.W.T. Kita berdoa agar Allah S.W.T menurunkan mushrahNya kepada kaum Muslimin dan memberikan kepada mereka kejayaan di dunia dan di akhirat.
YANG MENGGEMBIRAKAN UMAT ISLAM DI AKHIR ZAMAN INI DIKALA MENUNGGU SAAT KEMBALI KEPADA ALLAH S.W.T. ADALAH DENGAN DIBERIKAN ANUGERAH OLEH ALLAH S.W.T. DAPAT BERMIMPI BERJUMPA NABI MUHAMMAD S.A.W. DAN DIBERIKAN MIMPI² YANG BAIK SEBAGAI TANDA RAHMAT DARI ALLAH S.W.T.
Post a Comment