.

07 January 2009

Dari teman 2




2. dari kejahatan makhluk-Nya,


Diri kita sendiri adalah makhluk Allah. Untuk berubah, berlindunglah dari bisikan-bisikan dalam hati kita yang mengajak kepada berbuat kejahatan. Melawan bisikan kejahatan dalam hati kita itu adalah kebaikan untuk diri kita sendiri.


Begitulah mudahnya hidup ini bila kita tahu yang Allah cipta alam ini ada pasangan-pasangannya. Baik lawannya jahat. Berakal lawannya tuli. Tugas kita hanya mengubah nilai-nilai ini dari sesuatu yang negatif kepada yang positif sahaja. Dan kitalah yang bertanggungjawab terhadap pilihan kita itu sendiri, bukannya bergantung atas nama orang lain.



Bereksperimenlah terhadap diri kita sendiri sebab hanya kita yang tahu siapa kita sebenarnya. Jangan lalai menerokai diri kita sendiri sehingga kita mati. Nabi Muhammad tidak pernah hentikan solat malam baginda walaupun telah dijamin syurga, kerana baginda tidak puas meneroka ilmu Allah. Melalui dalam diri kitalah, kita mampu mengenali ilmu Allah. Selagi kita tidak kenal siapa kita sebenarnya, selagi itulah kita tidak sedar tugas kita dihidupkan sebagai khalifah. Selagi itulah kita akan lalai mengejar duniawi dan materialistik.



Seperti yang kita telah nampak sendiri, akibat mengejar duniawi manusia sanggup memecah kereta dan mencuri beg orang lain. Jika manusia itu termasuk dalam golongan yang mencari cinta Allah, sanggupkah dia melakukan begitu? Renungilah dalam diri kita semula, sejauh mana kita mencintai Allah sehingga Dia melindungi hidup kita? Allah membalas manusia terhadap apa yang manusia itu perbuat.

1 comments:

Euroangel January 9, 2009 at 11:30 PM  

thanks for the visit...happy new year!!

Followers

Ambo la

My photo
Assalamulaikum w.b.t..

See u

Renungan

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah saw. bersabda; 'Tidak terjadi hari qiamat sehingga Sungai Furat (Sungai Euphrates iaitu sebuah sungai yang ada di lraq) menjadi surut airnya sehingga ternampak sebuah gunung daripada emas. Ramai orang yang berperang untuk merebutkannya. Maka terbunuh sembilan puluh sembilan daripada seratus orang yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat berkata, "mudah-mudahan akulah orang yang terselamat itu". Di dalam riwayat lain ada disebutkan; "Sudah dekat suata masa di mana sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barangsiapa yang hadhir di situ janganlah ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu".H.R.Bukhari Muslim