.

09 January 2009

Dari Teman 4



4. Dan dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul


Sihir adalah sesuatu yang tidak masuk akal dan tiada kebenarannya. Berprasangka sesuatu yang kita sendiri tidak tahu kebenarannya juga akan suatu kejahatan. Beragama tanpa memahami logik dengan hanya mengagak-agak sesuatu yang kita sendiri tidak tahu juga sama seperti tukang sihir. Sihir itu lemah, sedangkan logik itu kuat.



Lemahnya kita umat Islam sekarang kerana wujudnya fahaman-fahaman bersandarkan atas nama orang lain tanpa kita tahu apa rasional di sebaliknya. Keadaan ini menyebabkan kita hanya menduga-duga sahaja. Bila kita hanya berpegangan pada sesuatu yang tidak pasti, hati kita jadi ragu-ragu.



Orang yang dalam hatinya penuh keraguan mudah terkena sihir. Kerana itu hiduplah dengan rasional akal agar kita dilindungi dari tipu-daya yang meragu-ragukan hati kita. Berpijaklah pada sesuatu yang nyata dan akal kita nampak kebenarannya. Jangan cepat ikut kata orang lain selagi akal kita tidak tercapai rasionalnya. Bila akal kita sendiri mengakui rasionalnya, maka itulah kebenaran.



Rasulullah hanya mampu menjangka sesuatu yang akan berlaku di masa hadapan berdasarkan sunnah terdahulu. Umpama selepas terbenamnya matahari, kita mampu menjangka akan berlakunya waktu malam. Sebab itu adalah ketetapan sunnah. Samalah juga, bila sesuatu umat itu sudah lalai sehingga beragama secara menurut sahaja, Rasulullah mampu menjangkakan yang azab Allah akan sampai jika umat itu terus lalai dan hidup berpecah-belah. Namun, bila kedatangan waktu azab itu Allah sahaja Yang Mengetahui.



Sebelum kenaikan harga minyak hari tu, ramai tidak menjangkakan secepat ini. Ada yang menjangkakan bulan Ogos baru naik, tetapi Allah melaksanakan janjiNya dengan menaikkan lebih awal lagi. Itulah Kuasa Allah. Apakah Allah tidak akan menaikkan lagi, apatah lagi umat Islam terus lalai sehingga nama Islam itu dijadikan bahan ejek-ejekan akibat sikap umat Islam itu sendiri? Begitulah sebahagian tanda-tanda azab Allah yang mampu dilihat jika kita menggunakan mata hati, namun tidak difahami oleh orang yang lalai.



Kita hanya mampu menyampaikan, tetapi setiap diri manusia itu bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan dan apa jua pilihan yang diambil.....

0 comments:

Followers

Ambo la

My photo
Assalamulaikum w.b.t..

See u

Renungan

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah saw. bersabda; 'Tidak terjadi hari qiamat sehingga Sungai Furat (Sungai Euphrates iaitu sebuah sungai yang ada di lraq) menjadi surut airnya sehingga ternampak sebuah gunung daripada emas. Ramai orang yang berperang untuk merebutkannya. Maka terbunuh sembilan puluh sembilan daripada seratus orang yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat berkata, "mudah-mudahan akulah orang yang terselamat itu". Di dalam riwayat lain ada disebutkan; "Sudah dekat suata masa di mana sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barangsiapa yang hadhir di situ janganlah ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu".H.R.Bukhari Muslim