Dari Teman 3
3. dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gulita
Manusia berani buat jahat bila tiada orang melihat perbuatannya. Sebab itu logiklah pada waktu malam banyak kes-kes jenayah terjadi. Namun tidaklah jenayah itu terjadi melainkan bila dalam hati manusia itu sendiri gelap hati. Manusia jadi gelap hati bila tidak berfikir panjang. Inilah akibatnya bila agama tidak diajar dengan membangunkan pemikiran manusia agar berfikiran jauh sehingga akhirat.
Macam mana hendak nampak alam akhirat agar hati kita yakin yang kita akan menemui akhirat? Kenalah guna akal dengan menjadikan dunia ini mencapai erti bahagia seperti kebahagian yang dijanjikan di akhirat. Jika di atas dunia dengan tertekan dan panas hati, macam mana hendak mencapai bahagia di akhirat?
Semakin manusia itu tidak berfikiran jauh dengan hidup hanya mengikut rasa. Bila membuat sesuatu tindakan, tidak memikirkan kesan dan akibatnya. Jika berfikir pun hanya sebentar kerana nafsu telah menyelubungi supaya manusia itu berfikiran pendek.
Bila kita nampak logik bahawa kejahatan itu berlaku disebabkan manusia tidak mengikut logik akal, maka jawapannya hanya dengan mempertingkatkan logik akal masing-masing. Bila manusia itu nampak beza nikmat ikut akal dengan sengsara ikut nafsu, secara fitrahnya manusia akan jadi berakal. Manusia fitrah diciptakan sebagai makhluk yang baik. Namun bila tahap akal tidak dibangunkan, maka jadilah manusia yang buruk akhlaknya.
Kita boleh rasai sendiri bila tahap akal kita semakin meningkat dan matang, secara fitrahnya kita akan tinggalkan perkara-perkara yang tidak memberikan manfaat dalam hidup kita. Kerana itu perjuangan Rasulullah itu sebenarnya mengajak manusia membangunkan akal. Bila masyarakat keseluruhannya berakal dan tahu menilai buruk baik sesuatu perkara, bukankah akan melahirkan masyarakat yang sempurna?
0 comments:
Post a Comment