.

13 January 2009

Dari Teman 5



5. dan dari kejahatan pendengki bila ia dengki."




Dengki adalah penyakit hati akibat manusia itu merasa berbangga diri. Manusia jadi dengki bila melihat orang lain lebih daripadanya. Dengan belajar merendah diri akan melindungi hati daripada penyakit dengki. Hiduplah dengan bersederhana. Yang pentingnya hati tenang dan bahagia. Itulah nikmat tidak mampu dibeli dengan wang ringgit.



Bagaimana hendak hidup besederhana jika nafsu duniawi masih tidak mampu dikawal? Kerana itulah pentingnya membangunkan akal fikiran untuk berfikir tanda-tanda Kekuasaan Allah, kerana bila kita nampak nilai kebahagian itu lebih tinggi dari dunia dan seisinya, kenapa pula kita harus mendengki yang menyebabkan hati tidak tenteram?



Kejarlah hidup yang bahagia, bukannya mengejar harta. Urusan rezeki dalam ketentuan Allah. Tugas kita hanyalah mengejar kebahagian yang Allah berikan kepada manusia yang berusaha mempertingaktkan tahap akal sehingga hidupnya dicurahkan untuk mencari idea-idea memuji Allah. Hati jadi tenang bila selalu sebut pasal Kehebatan Allah. Hati jadi gundah bila selalu memuji diri sebab bila Allah tunjukkan ada orang lain yang dilebihkan daripada kita, hati kita akan mula nak mendengki.



Sebenarnya terlalu banyak boleh difikirkan kesan baik bila kita jadikan berfikir memuji Allah ini sebagai amalan. Malangnya umat Islam sekarang tidak nampak kesan berfikir itu kerana Quran itu tidak dikaji secara logik yang mampu difahami. Sudahlah Quran itu hanya dianggap dalam bahasa Arab. Orang Melayu yang tidak faham bahasa Arab menyangka dengan membaca Quran dalam bahasa Arab itu sudah mampu menempuh ujian Allah dengan selamat. Macam mana orang yang tidak fahami intipati sesuatu ilmu boleh lulus peperiksaan?



Benarlah kata-kata Allah.

0 comments:

Followers

Ambo la

My photo
Assalamulaikum w.b.t..

See u

Renungan

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah saw. bersabda; 'Tidak terjadi hari qiamat sehingga Sungai Furat (Sungai Euphrates iaitu sebuah sungai yang ada di lraq) menjadi surut airnya sehingga ternampak sebuah gunung daripada emas. Ramai orang yang berperang untuk merebutkannya. Maka terbunuh sembilan puluh sembilan daripada seratus orang yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat berkata, "mudah-mudahan akulah orang yang terselamat itu". Di dalam riwayat lain ada disebutkan; "Sudah dekat suata masa di mana sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barangsiapa yang hadhir di situ janganlah ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu".H.R.Bukhari Muslim